Testimoni : Kudis Buta Sembuh Dengan Minyak Kelapa Dara

Nama    : Ali Bin Ishak (Anak Pengarah Urusan Bioasli)
Lokasi   : Sabak Bernam


             Ali, putera sulung Pengarah Urusan Bioasli baru-baru ini selamat pulang dari selesai mengerjakan umrah di Mekah. Sebelum beliau berangkat untuk mengerjakan umrah, bapanya berpesan supaya beliau membawa minyak kelapa dara (VCOP) untuk mencegah dan menghalang dari terkena penyakit yang mudah merebak. Bagaimanapun pesanan itu tak tertunai kerana kesibukan persiapan mungkin.
        Seperti yang dijangkakan, beliau mendapat jangkitan pada bahagian kulit kaki. Dari rawatan yang diperolehi, doktor mengesahkan bahawa beliau terkena jangkitan kudis buta yang agak teruk. Semasa baru tiba dari Mekah penyakit tersebut telah merebak di banyak bahagian kulit kaki. Dengan semata-mata menggunakan VCOP (dengan menyapunya pada bahagian kulit yang terkena jangkitan sehingga basah pada setiap hari iaitu waktu pagi dan malam sebelum hendak masuk tidur) akhirnya terbukti VCOP sangat mujarab untuk mengatasi jangkitan kulit.
        Selepas lebih kurang dua minggu penggunaannya, penyakit tersebut mula sembuh dan yang tinggal hanya kesan parut.
Jika VCOP ini digunakan berterusan, ia sebenarnya boleh menghilangkan parut yang terjadi akibat penyakit tersebut. Tetapi penggunaanya perlulah dengan teratur dan secara berterusan.
Nota :
 
Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama.Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit. Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.