Kes : Sakit Kulit -Serangan kulat yang kronik


Nama : Normala Bt Hassan
Alamat : Sg.Tengar, Sabak Bernam, Sel.
Penyakit : Sakit kulit yang teruk.

Minyak Kelapa Dara Pure (VCOP)

Gambar: Besar 3
Tangan kiri
             
          Penyakit yang di alami oleh saya merupakan sakit kulit yang teruk pada tangan dan badan, di mana kulit saya menjadi merah, merekah dan bersisik, saya juga mengalami kegatalan yang melampau dan apabila di garu kulit menjadi luka dan berdarah, malahan kekeringan kulit tersebut juga menjadikan kulit saya seolah-olah berdebu. Keadaan itu mengakibatkan kulit kelihatan agak menjelekkan.Bagi sesiapa yang melihat pada kali pertama pasti menyangkakan saya mengalami kecacatan kulit yang azali. 
         
         Saya terpaksa menjemur tilam dan menggantikan cadar hampir setiap hari kerana apabila bangun dari tidur, hama yang jatuh dari kulit saya bertaburan seperti ular yang bersalin kulit. Penyakit yang saya alami menyukarkan saya untuk melakukan kerja harian, malahan ianya turut menggangu hubungan intim saya dan suami.

Buat makluman anda, symptom ini bermula pada 01/05/07 di mana saya mengalami kegatalan pada kulit tangan dan badan, symptom ini menyebabkan saya tidak selesa akibat kegatalan yang memeritkan. 

 Di sebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, pada peringkat awal rawatan, pihak klinik hanya memberikan ubat untuk di minum dan disapu, akibat kegatalan yang  tidak berkurangan, pihak klinik memberi injectsion pada rawatan yang seterusnya.
            
         Akibat daripada penyakit yang semakin teruk, saya mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit swasta berhampiran, di sana saya juga diberi ubat untuk disapu,di minum dan injection. Namun ianya seolah-olah tidak memberikan sebarang kesan pada penyakit yang di hidapi. Saya meneruskan rawatan di hospital kerajaan, menurut doktor, saya mengalami alergik dari sejenis kulat, alergik itu mendatangkan kegatalan, kulit kering dan apabila di garu ianya membawa kepada luka kecil yang memeritkan, kekeringan yang teruk menyebabkan kulit bersisik dan berdebu. Pihak hospital juga hanya memberikan ubat dan injection sepanjang 3 sesi rawatan di sana.

          Setelah berputus asa dengan rawatan moden saya mencuba petua-petua tradisional, kesannya tetap sama. Atas pandangan rakan-rakan saya pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, hasil dari pertemuan dengan bomoh2 tersebut, mereka mengatakan punca yang sama iaitu terkena buatan orang, setelah di mandikan dengan pelbagai campuran air dan memperasap kemenyan pada setiap kali waktu senja, kulit saya tetap pada keadaan yang sama.
 
Pada suatu hari, pihak desaku telah memanggil saya untuk datang ke syarikat, setelah mendengar rentetan kisah penyakit yang saya alami, pihak syarikat bermurah hati untuk memberikan sebotol percuma minyak kelapa dara pure (VCOP) untuk di cuba oleh saya., pihak syarikat menyarankan kapada saya agar meminum minyak tersebut 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh, minyak tersebut juga perlu kerap disapu untuk memastikan kulit tidak kering.
 
Pada minggu pertama penggunaan VCOP tersebut, saya mengalami gatal-gatal & pembengkakan pada kulit, pembengkakan itu menyebabkan kulit menjadi tegang, merekah dan sakit. Pada minggu ke dua, rasa gatal di kulit saya makin berkurangan dan tiada lagi kulit bersisik & berdebu. Pada minggu ketiga luka di kulit saya  semakin pulih dan tiada lagi rasa gatal. Pada minggu ke empat kesan parut akibat luka semakin hilang. Keadaan ini mengembirakan saya sekeluarga kerana aktiviti harian saya boleh di lakukan seperti biasa.Sehingga kini, saya terus menggunakan produk tersebut di samping menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian.

Nama : Anuar bin Salim
Alamat : Kg.Sg.Limau, Sg.Besar
No Tel : 0132410172
Penyakit : Tiroid

Minyak Kelapa Dara + Habbatus (VCOHS)


            Saya pernah menghidapi sakit tiroid dan baru saja selamat melakukan pembedahan, setelah di benarkan pulang saya mengalami kegatalan di leher tatkala berpeluh, saya juga sukar untuk menelan makanan kerana kegatalan turut menyerang anak tekak saya,

            Pada mulanya saya menyangkakan itu adalah kesan positif pembedahan, apabila kegatalan tidak berkurangansaya mula tertanya-tanya adakah saya sendiri yang tidak mengikut saranan doktor.
 
        Akibat kegatalan yang berterusan walaupun telah mengikut nasihat pakar,  saya pergi ke desaku untuk mendapatkan produk Bio-asli iaitu Minyak Kelapa Dara + H.Sauda (VCOHS) yang dengarnya amat baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran Selepas minum VCOHS sebanyak 2 kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh serta menyapu sedikit di kawasan yang bermasalah,  kegatalan di leher saya semakin berkurang dan lama kelamaan ianya menjadi pulih, malahan saya menjadi lebih bertenaga.Kini, saya merupakan salah seorang pembeli bulanan yang setia.