20 Tahun derita mengidap resdung


         Nama saya Ishak Bin Basiran, 
      Pengasas syarikat Desaku Trading, Teknologi Desa Hijau Sdn.Bhd 
      (kilang    minuman jus ) dan Mudah Niaga Ent. (Kilang Elektronik )

        Bekas seorang jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea. Saya mula mengidap resdung  secara ketara pada tahun 1986 (tingkatan 5). Diantara gejala awal ketika itu ialah selalu bersin pada waktu pagi , ketika cuaca sejuk dan terkena kipas angin. Memang memeritkan kerana saya terpaksa membawa saputangan atau kertas tisu setiap hari untuk mengelap lelehan hingus , mata gatal dan berair serta selalu sakit kepala , disamping nafas yang berbau, tidak menyenangkan. Keadaan tersebut berlanjutan semenjak tahun 1986 sehingga 1995).
 
             Saya pernah berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga di sebuah hospital swasta di jalan pelabuhan Klang, beliau menyarankan supaya saya menjalani pembedahan tetapi saya tidak bersedia. Pada pertengahan tahun 1999 rakan saya, seorang guru memberitahu supaya saya mengambil sutikan diprospan di klinik swasta Sabak Bernam kerana beliau juga mengidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung tersebut. Semenjak itu saya terus mengambil suntikan diprospan dari 18.11.1999 hingga 27.12.2005. Saya juga difahamkan oleh beberapa orang doktor tentang kesan sampingan akibat mengambil suntikan dicspousprin tersebut, Mereka menasihati  saya supaya  mencari ubat altenatif yang lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan pada buah pingang dan pancreas. Jika diambil secara berterusan selama bertahun-tahun boleh mendatangkan risiko mengidap darah tinggi dan kencing manis.

          Bermula dari detik itu saya terus membuat kajian demi kajian dan berbagai percubaan untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi kandungan lauric acid dan capric acidnya. Akhirnya saya berjaya menghasilkan minyak yang berkualiti lalu saya namakannya Minyak Kelapa Dara Bio-Asli.

          Dari kajian dan pembacaan di internat terlalu ramai pakar-pakar kesihatan memperakui akan khasiat dan kehebatan bagi sesiapa yang meminum atau menggunakan Minyak Kelapa Dara. Ia akan membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit. Manakala jika disapukan pada kulit tubuh boleh memembunuh berbagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa. Malahan kulit akan menjadi lebih halus dan segar.

           Bermula Oktober 2005 saya mengamalkan secara efektif meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh setelah makan pada waktu petang . Manakala  untuk kegunaan luaran saya  menyapukannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan selepas sembahyang isyak pada waktu malam di seluruh kepala bermula dari dahi, pipi, hidung, telinga luar dan dalam serta rambut sehingga minyak mencecah kulit kepala.(jangan bimbang ia tidak berasa berlengas kerana molikul minyak Kelapa Dara sangat halus dan mudah menyerap ke dalam kulit. Anda akan berasa selesa dan segar seperti menggunakan air  tapi awas jangan terkena mata, agak pedih sedikit tapi tidak bahaya malahan jika anda sakit mata boleh gunakannya sebagai ubat mata ia akan membunuh kuman, untuk sakit mata seeloknya guna sebelum tidur malam).

           Setelah tekun mengamalkannya, hasilnya sangat menakjubkan. Saya hampir tidak percaya penyakit resdung yang saya tanggung selama hampir 20 tahun kini menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Saya tidak perlu lagi mengambil suntikan dicspousprin yang kebiasaannya perlu saya ambil sekitar 30 hari ke 40 hari (sekali suntikan). bagi mengelakkan saya bersin berulang-ulang, badan menjadi gatal, keluar biji-biji halus seperti nasi yang berbau masam disekitar hidung, dahi ,dagu, celah cuping telinga dan kulit kepala manakala tekak, dan di dalam hidung akan  menjadi bengkak dan gatal serta berkahak berbau dan berwarna keperangan. Syukur kepada Allah s.w.t kerana menemukan saya penawar penyakit yang saya cari selama ini. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Berkuasa dan tiap-tiap sesuatu akan tunduk kepadaNya. Yakinlah setiap penyakit itu ada ubatnya hatta Aids melainkan kusta dan kematian.

            Dengan iklas saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama anda semua. Alhamdulillah saya mendapati diri saya serasi dengan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli ini. Anda....... saya tidak pasti, tetapi tidak rugi jika anda mencubanya, malahan ia tidak menggandungi sebarang bahan toksin atau kimia yang banyak digunakan dalam ubat-ubatan moden. Minyak Kelap Dara ini 100% organik, tiada campuran lain.

          Bagi tekanan darah tinggi yang saya alami, saya masih meneliti dan merekodkan bacaan tekanannya. Saya menjangkakan akan dapat melihat dan mengetahui keputusannya sekitar selepas 6 bulan pengambilannya (meminumnya). Sesungguhnya segala fakta yang saya paparkan adalah benar berlaku pada diri saya .Jika anda ragu ,anda boleh menghubungi saya di talian 03-32138046 -Ishak Bin Basiran.
Berikut ialah jadual tarikh saya mengambil suntikan diprospan :
 
Bil Tarikh Jarak Hari
1 18/11/99 0
2 22/1/2000 34
3 11/3/2000 48
4 27/4/2000 47
5 29/6/2000 63
6 26/8/2000 58
7 11/10/2000 46
8 25/11/2000 45
9 3/1/2001 39
10 8/3/2001 64
11 14/4/2001 37
12 26/5/2001 42
13 21/7/2001 56
14 15/9/2001 56
15 1/10/2001 16
16 11/12/2001 71
17 5/2/2002 56
18 23/4/2002 77
19 4/6/2002 42
20 14/7/2002 50
21 20/8/2002 36
22 15/10/2002 26
23 27/11/2002 43
24 12/1/2003 46
25 16/2/2003 35
26 26/3/2003 38
27 26/4/2003 31
29 20/5/2003 24
29 25/6/2003 36
30 Hilang Record Nil
31 Hilang Record Nil
32 Hilang Record Nil
33 2/10/2003 Nil
34 15/11/2003 44
35 31/12/2003 46
36 11/2/2004 42
37 9/3/2004 26
38 4/4/2004 26
39 10/5/2004 36
40 14/6/2004 35
41 Hilang Record Nil
42 Hilang Record Nil
43 Hilang Record Nil
44 10/10/2004 Nil
45 20/11/2004 41
46 25/12/2004 35
47 3/2/2005 40
48 12/3/2005 37
49 23/4/2005 42
50 28/5/2005 35
51 4/7/2005 37
52 18/8/2005 45
53 20/9/2005 33
54 16/11/2005 57
55 27/12/2005 41