Kes : Kurang selera makan dan badan terasa lemah.

Nama : Utz Samsudin B Hj. Sakawi @Hj. Abd Hamid
Alamat : No 55 Batu 61 Sg. Lias 45300 Sg. Besar Selangor
Ustaz Samsudin dilahirkan pada tahun 1942 di Sg Besar.  Dalam usia mencecah 60-an beliau mengalami masalah sakit dada @ kesukaran untuk bernafas. Beliau juga sering pengsan & pitam. Akibat daripada kejadian pitam & kesukaran bernafas yang berulang kali itu, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). 

Keputusan pemeriksaan mengesahkan, bahawa beliau sebenarnya menghidap penyakit lemah jantung iaitu kegagalan jantung berfungsi dengan baik kerana urat di sistem jantung   bermasalah. Empat urat utama iaitu Superior vena cava,  Inferior vena cava, pulmonary atery & pulmonary vein telah tepu. Buat makluman anda setiap urat ini bersambung dengan INJAP SABIT, INJAP TRIKUSPID & INJAP BIKUSPID

Kegagalan urat untuk berfungsi akan menyukarkan pengaliran darah beroksigen & tidak beroksigen diantara jantung dan seluruh bahagian tubuh badan yang lain. Seperti yang anda sedia maklum pengaliran darah yang bersistematik adalah perlu untuk memastikan sistem badan yang lain mampu berfungsi dengan baik.
          Lantaran itu, pada tarikh 22.12.05, beliau telah menjalani pembedahan dengan mengambil urat kaki kanan bagi menggantikan 4 urat utama jantung beliau. Pembedahan tersebut AlhamdulilLah telah berjaya, manakala masalah sesak nafas dan sakit dada dapat juga diatasi. Walau bagaimanapun keseluruhan anggota badan masih agak lemah dan pucat. Berat badan beliau sehingga bulan Oktober 2006 hanya sekitar 46 kg. 

AlhamdulliLah setelah meminum Minyak Kelapa Dara + Habbbatus Sauda  (VCOHS), 1 sudu setiap pagi dan 1 sudu setiap petang selam 2 bulan, selera makan meningkat dan badan terasa lebih segar serta lebih bertenaga. 

Kini pada Februari 2007 berat badan Utz. Samsudin telah meningkat ke 51 kg. Wajah beliau yang sebelum ini kuning pucat, bertukar lebih bermaya dan ceria seperti yang dipaparkan dalam gambar.