Nama : Pensyarah Politeknik Sultan Idris (minta nama dirahsiakan)
Alamat : Sg. Lang, Sabak Bernam
Saya merupakan seorang pensyarah di Politeknik Sg. Lang, Sabak Bernam. Saya telah balik ke kampung di Batu Pahat, Johor pada bulan puasa yang lepas dan telah berjumpa dengan seorang pakcik saya. Pakcik saya ini mengidap penyakit lutut. Biasanya apabila melakukan solat tarawikh, beliau akan melakukan solat sehingga rakaat ke-4 dan kemudian terus duduk kerana penyakit yang dialaminya.
Tetapi pada kali ini, saya agak terkejut apabila melihat beliau dapat meneruskan solat tarawikh sehingga 20 rakaat seterusnya menyambung solat witir 3 rakaat. Saya bertanya beliau tentang keadaan tersebut dan beliau menjelaskan bahawa beliau telah menggunakan produk dari Desaku Bio-Asli di Sabak Bernam iaitu Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda. Saya terkejut apabila mendengarnya kerana lokasi syarikat yang berhampiran dengan tempat tinggal saya. Selepas Raya, saya pergi ke syarikat Desaku Bio-Asli bagi mendapatkan produk tersebut.